Kepada Pak Ku... Selamat balik kampung di Kedah dan menjalankan tugas di sana.



Kepada Heriyadi... Selamat bertugas di Taman U...

Semoga anda berdua gembira bertugas di tempat yang baharu. Jangan lupa akan kawan-kawan di sini . Semoga persahabatan kita terus terjalin walau di mana pun kita di tugaskan. Mohon ribuan kemaafan andai kata sepanjang perkenalan kita ada terkasar bicara yang tidak menyenangkan dan minta dihalalkan makan dan minum ... ok....
Majlis Anugerah Cemerlang SKSB 2009 telah diadakan pada 20 hb Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan di Dewan Raya Felda Taib Andak kerana Dewan SKSB telah dirobohkan untuk pembinaan sekolah baharu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Felda Taib Andak iaitu Tuan Haji Hanafiah B Haji Hussin. Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk menyaksi dan menambahserikan majlis ini.

Terdapat juga beberapa persembahan yang dibuat oleh murid-murid SKSB iaitu mendeklamasikan sajak dan Dikir Barat Bahasa ARAB. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Syukur kepada Tuhan kerana majlis penyampaian hadiah ini telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Kemuncak majlis dengan pemberian wang saguhati bernilai RM 250.00 beserta Mesin kira kepada semua calon UPSR yang mendapat 5A dalam peperiksaan itu baru-baru ini.













Majlis disudahi dengan pemberian cenderamata oleh Tuan Guru Besar kepada Ketua Kampung Felda Taib Andak. Semoga mendapat kerjasama seperti ini pada masa-masa akan datang.
Keputusan UPSR telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya masih belum terlewat untuk membaiki kelemahan kerana UPSR merupakan mata tangga yang pertama. Masih banyak lagi peperiksaan umum yang perlu dilalui.

Pada pagi hari keputusan itu , Guru Besar Tn Hj Mohd Othman B Talib telah dijemput ke Hotel Selesa untuk menerima penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Johor kerana meraikan kejayaan "Lompatan Saujana" pada keputusan UPSR tahun ini. SKSB menduduki tempat kedua kategori "Lompatan Saujana" kategori sekolah luar bandar calon UPSR melebihi 100 orang bagi seluruh negeri Johor.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2009

Peratus keseluruhan ialah : 78.63 %

Bahasa Melayu Pemahaman : 100 %

Bahasa Melayu Penulisan : 89.30 %

Bahasa Inggeris : 82.44 %

Matematik : 93.9 %

Sains : 98.50%


MURID-MURID YANG MENDAPAT 5A



Duduk ,dari kiri
Nurul Aina Fariysha, Nur Shazwani Nabila , Nur Atika , Liya Saffura Hajar , Izah Atiqah

Berdiri dari kiri :
Deanial Azizi, Mohd Norsafiuddin , Mohd Fidaus Daud , Mohd Fikri , Mohd Iezwan , Mohd Izzudin ,Shazaha dan Mohd Hamka Azlan.

Seramai 13 orang murid SK Sinar Bahagia berjaya merangkul 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.


MURID-MURID YANG MENDAPAT 4A 1B



Berikut adalah mereka yang memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun 2009. Mereka ialah...

Lelaki dari kiri:
Mohd Nur Salman , Mohd Nazif Rifki , Mohd Khiri dan Faiz Najmi

Perempuan tengah- dari kiri:
Atiqah Syuhada , Nur Raihan Nabilla , Nur Hanani

Perempuan baris depan - dari kiri
Farah Aliza , Syafiqah Hassan , Amira Nadhirah , Nur Najmie Farahanis, Nur Farah Ain

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar tahun 6 seterusnya untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Kepada guru-guru SKSB , usaha anda selama ini telah membuahkan hasil. Syabas diucapkan kepada anda semua kerana tanpa usaha daripada anda , kejayaan ini tidak akan datang begitu sahaja. Sekali lagi diucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian UPSR yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pada 18 hb November , majlis jamuan akhir tahun untuk murid-murid tahun 6 , Pengawas dan murid-murid tahun 4 & 5 telah diadakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh murid-murid itu sendiri dengan sedikit bimbingan daripada guru-guru terbabit.

Untuk murid tahun 6 , majlis ini bertujuan untuk meraikan mereka yang akan ke sekolah menengah dan sebagai majlis perpisahan buat mereka. Kepada para pengawas pula sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.




PENGAWAS TAHUN 6 2009
JASAMU DIKENANG.............










Murid-murid tahun 4 dan 5 juga diraikan dalam majlis ini.




KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF DAERAH KULAI 2009

Pada 17 November 2009 (selasa ) PPD Daerah kulai telah menganjurkan satu program j-QAF
bertempat di Sk Senai. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Jamil Bin Husien Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Johor.

Program ini telah dijalankan di SK Senai. Seramai 109 terlibat dalam Literasi Al-Quran dan seramai 136 orang dalam bahagian Khatam AL-Quran.

Tujuan program in dijalankan untuk memperbaiki kemahiran membaca dan mencapai sasaran membaca lebih daripda iqra 4. Selain itu , ianya bertujuan untuk mendedahkan kaedah yang lain membaca Al-Quran seperti yang telah dipelajari di sekolah.

SKSB telah menghantar 10 orang murid bagi menyertai program tersebut. Semoga program ini menjadi suatu inspirasi kepada para pelajar untuk lebih tekun untuk mengkhatamkan Al-Quran seperti rakan-rakan mereka yang lain.










Unit kokurikulum SKSB telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu yang melibatkan kesemua unit beruniform. Perkhemahan ini diadakan pada 13,14dan 15 November 2009. Ianya telah dijalankan di Tiram Indah Village Resort.

Seramai 114 orang pelajar dan semua guru SKSB telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Ikhtiar Hidup , Pertolongan Cemas , "Jungle Tracking", Malam Kebudayaan. dan lain-lain lagi...

Walaupun hujan turun hampir sepanjang tempoh perkhemahan namun ianya tidak menjadi halangan.Di samping itu, peserta dilatih dengan penuh disiplin ala ketenteraan serta ketepatan masa dan cepat bertindak. Para peserta tabah menempuh dugaan. Malahan dugaan inilah yang menjadi pemangkin semangat dan menambah pengalaman peserta untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan sebenar.

Syukur kepada tuhan kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Keselamatan para peserta dan guru adalah perkara yang paling diutamakan. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru SKSB , Kem Komandan dan AJKnya, Pihak Pentadbiran Sekolah, Pihak Tiram Indah Village dan mereka yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga acara seperti ini akan diadakan pada tahun-tahun akan datang.